Cinta
satu kata menyatukan antara kita berdua
kasih sayang berputik antara lelaki dan wanita
bila bersama ingin jua dimanja
minta disatukan buat selama-lamanya
sama saling mengingati
moga di satukan satu hari nanti
doa di panjat moga dapat dipenuhi
untuk bergelar suami dan isteri
Rindu
Pabila jauh sering menunggu
Menanti tibanya hari untuk bertemu
terasa sayu di hatiku
pabila fikiran dan hatiku di belenggu
kadang kala hatiku ku berkata
ku tak mahu jauh selamanya
ku tak mahu terus menderita
ku mahu kau di hadapan ku tersenyum dan tertawa
Hati
ku tahu kau pun mengerti
merasakan apa yang ku rasa selama ini
merindui mu tanpa henti
mengharapkan akan bertemu satu hari nanti
biarpun sampai akhir nyawa
aku kan terus menyinta
biarpun hidupku jadi merana
cintaku tetap untukmu selamanya