Hidup umpama buah oren yang sedang mekar...warnanya berubah dari hijau ke jingga dan seterusnya ke warna coklat..tetapi hanya warna jingga menjadi idaman semua dan yang hijau di ketepikan dan yang coklat di buang jauh-jauh..tetapi si jingga tidak akan lupa asal usulnya yang dari hijau itu dan pengakhiran hidupnya yang akan menjadi coklat jika tidak di makan...renungkan

Friday, 13 July 2012

Bisikan Hati Oren (2)

Melodi Rasa Cinta


Cinta
satu kata menyatukan antara kita berdua
kasih sayang berputik antara lelaki dan wanita
bila bersama ingin jua dimanja
minta disatukan buat selama-lamanya

sama saling mengingati
moga di satukan satu hari nanti
doa di panjat moga dapat dipenuhi
untuk bergelar suami dan isteri


Rindu
Pabila jauh sering menunggu
Menanti tibanya hari untuk bertemu
terasa sayu di hatiku
pabila fikiran dan hatiku di belenggu


kadang kala hatiku ku berkata
ku tak mahu jauh selamanya
ku tak mahu terus menderita
ku mahu kau di hadapan ku tersenyum dan tertawa

Hati
ku tahu kau pun mengerti
merasakan apa yang ku rasa selama ini
merindui mu tanpa henti
mengharapkan akan bertemu satu hari nanti

biarpun sampai akhir nyawa
aku kan terus menyinta
biarpun hidupku jadi merana
cintaku tetap untukmu selamanya

1 comments:

Diana Azis said...

Wah..sungguh bermakna..awesome :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...